5 Disember 2013 - 20:30
Penduduk awam iring jenazah Allama Deedar Ali Jalbani

Penduduk awam iring jenazah pemimpin Majlis Wahdat Muslimin (MWM) yang dibunuh militan Wahabi ke tanah perkuburan Numaish Chowrangi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Jenazah pemimpin Majlis Wahdat Muslimin (MWM) yang dibunuh pengganas Wahabi selamat disemadikan di Numaish Chowrangi pada pukul 10 pagi, hari Rabu lalu.


Sumber menyebut, penduduk awam juga mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan Pakistan agar segera bertindak menangkap dalang di sebalik pembunuhan Allamah Deedar Jalbani.

Kekacauan turut tercetus apabila ada segilintir pihak cuba membangkitkan kekacauan bagi menghalang pengebumian jenazah beliau di Sindh CM. Jalan MA Jinnah telah ditutup oleh perusuh dan lalu lintas terhalang apabila beberapa individu melemparkan batu ke arah pengguna jalan. Akibat rusuhan ini, keseakan jalan terjadii di beberapa kota dan semua stesyen minyak ditutup.

Berikutan insiden itu, pengebumian jenazah beliau terpaksa dipindahkan ke tanah perkuburan di Numaish Chowrangi. 

Sementara itu Allamah Nasir Abbas yang juga pemimpin MWM berucap dalam demonstrasi perarakan jenazah tersebut. Beliau meminta kerajaan Pakistan segera menangkap dan menghukum pembunuh Allamah Deedar Jalbani dalam tempoh 24 jam. 

Pemimpin senior MWM, Allamah Deedar Ali Jalbani, 50 tahun dan pengawal peribadinya Sarfaraz Hussain, 25 tahun telah dibunuh oleh pengganas di University Road, bertentangan dengan MCB Bank.

Ketua polis SP Gulshan mengklasifikasikan kes bunuh ini sebagai konflik mazhab dan mengumumkan bahawa pihak polis telah menjalankan siasatan dari berbagai sudut.